Yang Membaca

Wednesday, December 28, 2011

dua empat satu dua satu satu

aku demam ni.satu famly aku pon demam.ubat berkati-kati dah kat umah ni.maklumlah lapan orang demam.setiap orang pegi jumpa doc.mau nya jadi lambakan ubat kat umah ni.

cuaca sini memang sejuk.air nye macam air yang keluar dari bukit.malam-malam tak payah pasang kipas.kalah pasang ekon kat dalam rumah.die punya sejuk memang padu.terasa sampai ke tulang walaupon lemak aku berlapis-lapis.

majlis aku 24.12.2011 ari tu nasib baik hujan tak lebat.gerimis sekejap-sekejap.sepanjang minggu tu memang hujan lebat je.awan nye mendung je.tapi alhamdulillah segalanya baik-baik belaka.

adik-adik aku sampai pagi sabtu tu.aku dah sampai rumah awal.sampai pagi isnin.macam nak pengsan aku buat semua.dari hias hantaran, kemas bilik kemas rumah segala macam lah.aku rasa macam nak pitam dah pagi sabtu tu.tapi mak aku suh telan ubat cepat-cepat.kang tak bersarung cincin pulak.haha.

banyak benda yang jadi tapi biar lah aku simpan sendiri dalam hati.janji semuanya dah selamat.ending nya aku hepi, famly aku hepi dan famly bakal mertua aku hepi.

segalanya berjalan seperti yang dirancang.rombongan lelaki datang dengan dua buah kereta.tak ramai.orang jauh kan.hehe.bak kata bapak aku nanti time kenduri datang lah dua tiga bas.majlis mula lepas asar.

pendek je bincang dalam majlis tu.sebab dua-dua pihak setuju nak bincang lain.kire hari tu cuma untuk dorg berkenalan ngan sedara aku yang lain la.ikutkan perbincangan pendek diorang majlis kami nak langsung bulan sembilan tapi tak sure lagi.nak teliti benda lain jugak.lagipun tahun depan adik lelaki aku sorang pmr sorang spm.so kene tengok jugak tarikh yang sesuai kan.ehem tapi bagi aku lagi cepat lagi afdhal.hahaha.gatal.

pehh memang sekejap gile majlisnya.yang lama nya dorang bersembang anak beranak.macam-macam disembangnya.aku plak time tu lapo bukan main.tapi maintain kenyang bile orang ajak makan.mane buleh kang hilang la bedak gincu aku.haha.

tak sangka aku sekarang sebelah kaki dah masuk dalam family baru.takut.berdebar.takut tak terlaksana tanggungjawab.takut tak dapat memenuhi citarasa family baru.aku harap aku cepat belajar tentang family baru aku and dorang dapat terima seadanya aku.

gambo kat bawah ni sekitar majlis tu.harap korang tak tekejut tengok muka aku ditepung gomakkan.huaaaa

nanti aku nak pesan kat adik-adik aku.time tunang nanti pakat duduk atas kusi la.seksa no nak bangun-bangun.haha


 ngeh ngeh ngeh dapat cincin bunga-bunga.adik aku kate macam cincin rosmah mansur dah.hahaha


 ini tak tau mende motif.saje aku nak uplod.sebab ni je antara gambo yang tak goyang.kuikuikui


 ehem.ye.bukan tunang aku.kehkehkeh


maaf.eksaited punya pasal.sampai tak sedo gigi aku terkedepan.tengok umi ngan bakal mak mertua aku kaver baik jek mulut.hihi.sorok gigi yang memang takde tu. ce korang perati betul-betul hidung kami tiga orang.ade iras tak.aku kalo tengok gambo ni mesti aku gelak.


oke dah.sikit-sikit je la eh.sebenonye banyak gambo tak leh pakai.gegor-gegor goyang-goyang.biasele tukang amek gambo pon adik-adik aku je.pastu pakai camera henset.kawan aku tak sempat balik nak tolong amek kan gambo.tapi takpe lah.janji semua moment tu aku dah rakam dalam hati.

time kasih umi abi sebab hadiahkan kawan baru untuk along. ;)
time kasih buat adik-adik along yang sanggup bersusah payah untuk majlis ni.
et tolong jahitkan baju along.anis and angah tolong kemas-kemaskan hantaran,amat tolong angkat barang, pasang langsir and adik tolong ilhamkan hantaran.berseni jugak korang rupanya, kan.

nanti along gaji along blanje prosperity.hahaha.mwaxx!!

Sunday, December 25, 2011

bermula episod baru

alhamdulillah.selesai satu babak.bermula episod baru antara dua keluarga.terjalin silaturahim dua belah pihak.semoga segalanya dirahmati.



=)

Thursday, December 22, 2011

bz

lagi dua hari

Saturday, December 17, 2011

orang tua bila bosan

kalo orang tua perangai macam budak-budak gini la pesen nye.





stress + bosan + banyak pikir = sewel.
dah tak tau nak handle sewel tu aku bukak paint aku main lukis-lukis.
haha puas hati.

Tuesday, December 6, 2011

rehat kejap

lately sibuk sikit menguruskan banyak benda.nanti ada masa terluang aku jaga balik page ni.banyak perkara yang akan berlaku nanti.

oh ya sebelum terlupa.alhamdulillah tangan aku hampir baik walaupun tak akan jadi seperti sediakala.tp insyaallah akan berupaya untuk buat keje.tu pun dah cukup syukur.besar rahmat tu.

semoga segala yang dirancangkan berjalan lancar.
;)


aku tinggalkan page ni dengan sedikit kata-kata yang aku petik dari unknown author.sehingga jumpa lagi.


HARDWORK is like a STAIRCASE and LUCK is like a LIFT.
LIFT may FAIL but STAIRCASE is SURE to take you to the TOP!!

Sunday, November 13, 2011

nostalgia

hujan.lagu di radio buatkan aku bernostalgia.nostalgia bersama dengan orang-orang yang pernah singgah dalam hati aku.sedih, hiba, sayu, bersyukur semua terangkum dalam satu.


sedih, hiba, dan sayu memang ada.bila kenangkan kasih tak kesampaian kan.tapi jodoh pertemuan milik tuhan.siapa tahu jodoh sebenar ada depan mata.orang yang tak disangka-sangka, kan.


syukur sebab setiap kali aku gagal dalam percubaan mencari pasangan, mungkin aku boleh katakan yang aku jadi lebih matang.


aku mudah suka pada orang tapi aku payah menerima cinta mereka.bila aku mula terima, pasti akhirnya aku kecewa.


mungkin aku tak sebertuah orang lain, yang pertama kali bercinta terus kekal hingga akhir hayat. tapi, aku berterima kasih kepada mereka yang pernah singgah dalam hati aku-- kerana mereka aku belajar erti kedewasaan.kerana mereka, aku tahu erti sabar, aku tahu erti hidup.mereka semua mendewasakan aku.terima kasih kalian.


buat kalian, semoga berbahagia.



************************************************


kalau aku dengar lagu ni, pasti aku akan ingat pada #01



kalau yang #02, lagu ni.



yang #03.



ini bukan theme song bagi setiap aku dan mereka. tapi lagu ni kerap mereka nyanyi bila pujuk aku.manis.indah.


sebab tu bila aku dengar lagu-lagu tu, pasti ingatan aku terus kepada mereka.


tapi kenape saye tak ingat kat awak eh #04?sebab awak tak penah nyanyi untuk pujuk saye kan kan kan.heee.


kepada #04 saye tetap ingat awak.awak tunggu saye lima tahun kan kan kan. 


;)

Thursday, November 3, 2011

cinta pertama?

semalam kan ade buat tag. pastu ade satu soalan tu aku kate nak buat entry kan.so aku ingat ari ni aku nak up entry ni.soalan die macam ni:


pertama kali anda fall in love masa umur? cerita sket beb

fuahh soklan tak menahan tu.tapi sebab aku dah janji nak seleseikan jadi aku buat la ye. hye cik lya..... *tangan lambai2 mcm miss world*


fall in love eh?aku ade kapel mase form 4.tapi mase tu aku tak rase ape pon.orang kate tak bergetar jiwa la.cewah.haha.die yang nak kat aku.jadi aku pon macam ye kan je.ala kapel tak kapel sangat la pon kan.name pon budak-budak mase tu.aku clash mase nak spm.cewah konon-konon nak fokus spm la kan.haktuihh.haha.oke cite yang ni tak menarik.


aku masuk matrix perlis.sem dua aku fall in love dengan member roomate aku. haa yang ni baru betul aku rase cinta itu indah.kah kah kah.


waktu tu umur 18 tahun.die bukan budak matrix tu.die budak kolej ape eh mase tu.lupe dah.kitorg sebaya.die budak sri gombak.


first time sembang dalam telefon pergh macam dah kenal lama.borak punya borak tak sedaq sampai pagi.memang kitorang ngam sangat-sangat.banyak benda kitorang sekepala.yang pasti kitorang jarang kuar berdua.kuar ramai-ramai.banyak aktiviti kitorg buat.


tapi hubungan tu tak kekal lama.bertahan sampai setahun je.setahun lepas tu aku clash sebab die dah ade pengganti aku.kitorg memang jarang gaduh tapi dua bulan sebelum kitorg clash tu salu sangat gaduh.masa tu aku tak tau kenapa.aku try tanya kawan2 die kenapa kan.tapi dorang mcm ade sembunyi kan sesuatu.


bile aku call kadang-kadang die tak jawab.msg pon dah tak kerap macam awal2 tu.sampai la satu hari die bagitau yang die dah ade orang lain.sebab die kate aku ngan die jauh.susah nak bersama.ye la mase tu aku kat perlis kat tganu die plak kat kl.pastu duit die banyak habis kalo kitorg kuar same2.


mase tu aku rase luluh hati.sedih sangat.sebab aku tak sangka la sebab syok2 hepy2 tiba2 jadi macam tu.rupanya aku ni kire spare je.sbb mase tu die ade problem ngn makwe sebenarnye.phuii.tu pon aku tau hal sebenarnya dari kawan die.aku tak tau la betul ke tak.kalo die tipu aku tipu korg la.hehe.


makan setahun jugak lah aku tak kawan dengan mana-mana lelaki.konon frust menonggeng la kan.masa tu aku rase kalau tak kawan ngn lelaki pon mcm takde ape.tapi sebenarnya kawan ngn laki mmg best.haha


lepas setahun aku dah oke.mase tu baru la ade feel balik.mula la menerima dan memberi cinta.kah kah kah.bahaya wei statement ni.


kisah aku ngn die tamat kat situ je lah.memang terus tak berhubung dan tak tau cite sampai skarang.kawan2 yang aku salu lepak dulu pon dah lost contact.mmg betul2 putus ni.hihi.



Wednesday, November 2, 2011

cik lya saye dah jawab


aku nak jawab tapi aku tak sure aku dapat fullfill kan tak sume syarat tu.heee



so kat bawah ni ialah rules tag ni.aku copy paste jek eh.

1. You must post these rules
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6. No tag backs.
7. No stuff in the tagging section about 'You are tagged if you're reading this' you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.

******************************************************


rule no.1:
dah settle.



rule no.2:
  • garang.tapi aku baik je kalo korg tak buat hal ngn aku.hee
  • sanggup buat ape saje untuk adik-adik.rela berkorban apa saja asal adik-adik aku bahagia
  • degil.kalau orang kata jgn buat aku masih nak buat.bile dah jadi sesuatu yang buruk baru aku tak buat.hee
  • lembut hati bile kena pujuk.kalo kene gaya pujuk nye lah.ahaha
  • pernah tak tido sampai tiga hari.tak tido langsung weyh.
  • into music.muzik dah mcm soulmate aku.
  • suke berangan sebelom tido.ianya sedap.heh
  • tak suko tengok filem hantuuuu.haih serreemm.
  • cepat terasa kalau yang marah aku tu orang-orang yang aku sayang
  • kuat usaha kalau aku nak sesuatu
  • kuat JELES.hahaha.ini pasti.


rule 3:
ni soalan yang cik lya tanya.


1. siapa pengaruh anda untuk berblogging
  • aziz alvin a.k.a jack alvin a.k.a big boss a.k.a abg long.tp die dah tak aktif blogging skang.nak kawen dah die pon.heee.wa sayang lu albim.

2. makanan kegemaran?
  • hoih tak bleh nak jawab kerana sume makanan adalah menjadi kegemaran.sbb wa suke makan.hehe
3. antara pergi tengok wayang atau beli cd, mana anda pilih dan kenapa
  • klo cite komedi main kat panggung wa g tgk la sbb suasana die lain sket.cd mmg langsung tak beli sbb wa donlod jek.haha
4. benda yang paling berharga anda pernah beli
  • segala benda yang dibeli pakai duit titik peluh sendiri adalah berharga.banyak sangat dah ni sampai lupa.heee
5. antara mengira atau membaca, mana satu anda pilih dan kenapa
  • takde pilihan dalam mengira atau membaca.sebab dua-dua berkait.and i love both.haha mentang-mentang aku kene push dalam dua2 perkara.
6. pertama kali anda fall in love masa umur ? cerita sket beb
  • hahahahaha.yang ni aku tanak jawab skang.tunggu aku bukak entri pasal ni ye.
7. secara random ek, berapa jam anda habiskan masa kat blog dalam sehari
  • em tak tentu sangat.sebab everyday aku online.eh aku menjawab soalan tak ni.keh3
8. matapelajaran yang paling anda tak suka masa sekolah menengah
  • aku paling tak suka sejarah.sebenarnya aku bukan tak suke subjek tu.aku tak suke cikgu die.tapi bile tak suke cikgu terus effect kat subjek.adik2 jgn buat macam akak ye.haha
9. pekerjaan pertama anda?
  • pekerja kedai topap.hee bleh dikira la kan.sbb kje kat sini aku dapat gaji banyak.
10. makanan paling best anda pernah masak?
  • paling best?ni kire aku penah bagi 40 orang staff tmpt kje lame aku dulu la eh.sbb mostly staff tu adalah chinese,melayu ngn india sikit.mase tu aku masak rendang ayam, ayam goreng berempah, nasi tomato ngn kuah dalca.sedap la kot sampai dorg makan abih licin.haha
11. pernah datang Melaka? apa yang paling anda suka tentang Melaka
  • aku suke melaka sbb udara die mcm nyaman.tp ni aku pegi bandar die la.mase kuar je tol rse lain mcm je segarnya.hehe.
rules seterusnya aku rase aku tak dapat complete since aku takde sape nak tagged.kang aku tag kang orang yang same jek.sbb page aku ni mcm takde viewer.haha.

takpe kan cik lya.ke cik lya nak soh saye buat soalan baru then tag cik lya.

=)


cik lya ailebiyuh tau..hihi.


rabu takde perkataan


=)

Tuesday, November 1, 2011

penyakit misteri

haih.

taip.

padam.

taip lagi.

padam lagi.

taip lagi skali.

padam lagi skali.

taip.

tak padam dah sebab dah selesai satu entri malam ni.

hahahahaha.


sblm tido layan lagu ni sat.





selamat malam.

=)





im walking after midnight searching for you to say iloveyou

Monday, October 31, 2011

rindu

Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita.
Kemudian Dia datangkan pula dengan dugaan.
Puas kita menangis,
mencari mana insan kesayangan kita.
Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita rindu berpanjangan.
 
 
*rindu itu kadang-kadang indah walaupun sakitnya tetap ada* 
 
p/s:imissyou

Thursday, October 27, 2011

talent time

musim hujan dah stat kot kat terengganu ni.lembap je cuaca ni.tido sedap.minum kopi panas pon sedap.hehe.



dalam-dalam duk rase lembap-lembap je ni, teringat aku kenangan skolah rendah.kenangan masa mula-mula aku join talent time kat skolah.haha.



kalo tak silap aku, mula-mula aku join talent time mase aku darjah tiga.saje suka-suka.aku tengok seronok je orang nyanyi.jadi aku masuk gak la.aku kan memang minat menyanyi.biar la suara tak sedap pon.haha.



mase darjah dua aku memang dah teruja nak masuk talent time.tapi rase macam malu-malu lagi.tapi dah masuk darjah tiga tambah plak aku salah seorang pemain muzik skolah jadi aku takde lah malu sangat.

*mu ingat dok kesah ni emie?*



talent time biasanya diadakan masa hari penyampaian hadiah.mase tu ramai la kakak-kakak abang-abang yang berbakat pakat buat persembahan.so sebelum hari pertandingan talent time yang sebenar tu kene la bertanding untuk layak ke pusingan akhir.kire mcm hari pertama tu ramai la yang masuk.pastu pilih yang terbaik untuk masuk semi final n final.haha.



aku?aku mane layak.suara tak sedap.haha.aku pusingan pertama je terus out.pitching berterabur,suara sumbang mahram, high note low note tah pape.aku main belasah je nyanyi.hihi.



mase tu ramai gila orang nak nyanyi.penuh bilik muzik.dah la bau stokin hapak-hapak tu.haha.kepam.sorang-sorang test bakat.sampai turn aku, cikgu band aku kate awk layak ke nk nyanyi.haha.nampak sangat sore aku memang tak sedap.



tapi aku ape kesah.budak-budak kot mase tu.aku belasah je lah.janji aku puas hati.haha.aku bajet suara aku sedap.aku bajet aku bleh masuk pusingan seterusnya.haha.mimpi.kawan aku budak laki dapat masuk.siap pegi final tu.mase tu die nyanyi lagu spring butakah cinta.aizudin name budak tu.heh.sore sedap.kecik-kecik dah jadi kegilaan perempuan-perempuan skolah.tak termasuk aku tu.hehe.



mase cikgu panggil name aku tu die dah gelak-gelak dah.mesti die kate ade hati nak masuk pertandingan ni.haha.ye lah.aku mase zaman skolah tu memang terkenal dengan huduhnya, comotnye, gemoknye semua lah.tapi yang penting aku pengawas dan aku pandai.haha.puji diri kot.at least aku ni takde lah nampak loser sangat.KOT la.hehe



dah masuk muzik aku nyanyi la.ape ke kayu jek.bukan ade gaya-gaya pon.haha.budak-budak.kan.aku nampak akak-akak yang bajet hot tu senyum-senyum gelak-gelak kat aku.cheh.haha.dulu budak-budak darjah lima darjah enam nampak besar-besar kan.skang ni budak kecik cinonet je.



eh panjang cite.tapi yang aku nak bagitau ialah aku takde la dapat masuk final.hahahaha.mase tu tiba-tiba rasa loser gile.bajet suara sedap nak masuk final la.harapan lah.tak sedo diri nih.hehe.





ang rupanya tahun tu lah last ade talent time.lepas tu dah takde buat.sebab cikgu malas nak buat audition ni.sbb dah dpt kwn aku tu untuk jadi penyanyi skolah.haha.jadi setiap tahun die je lah yang nyanyi kat skolah.ahaha.tapi nasib baik sore ko sedap din.



aku plak bile dah naik darjah empat aku lebih kepada lakonan lah, syarahan lah, pidato lah pastu lagi sibuk bile dah jd lead band sekolah.haha.aku paling beso kan.so aku rase aku la ketua.haha.*beso badan*



korang mesti nak tau kan lagu ape yang aku mula-mula nyanyi untuk talent time tu.janji weyh jangan gelak.tengok sampai habis baru gelak ok.haha.pastu korang bayang camne aku mase tu bleh?janji aaaaaaaa---




ni la lagu nye.




Wednesday, October 19, 2011

kisah lapan hari tujuh malam IV

bosan korang agaknya duk baca kisah spital aku kan. tapi nak buat cane itu je la modal yang aku ade utk update.hehe.

skang tangan kiri aku dah oke sikit.aku dah bleh menaip guna dua tangan aku.tapi slow2.slow pon takpe janji aku exercise tangan aku.tak nak jadi kaku. rugi weh tangan cantik2 tak dapat function sepenuhnya.hehe.

oke dah.nanti aku update lagi pasal tangan ni.alhamdulillah perkembangan positif.

aku rasenye macam dah serik nak masuk spital.bukan sebab aku tak dapat layanan yang baik.layanan kat situ bagus.aku suke.cumanya yang buatkan aku serik bile nak masukkan jarum kat tangan aku.

masa mula-mula aku masuk wad, ade tiga pelatih try nak masukkan jarum kat tangan aku. punye lah susah.kate tak nampak urat la.urat halus lah.adoi lah.duk ikat tgn aku kuat2.tepuk2 tgn aku sampai perit.woi abih tgn sblh kanan aku tu.lastly ade sorg lg pelatih bjaya masuk jarum kt pergelangan tgn aku selari dgn ibu jari.peh sakit.so tgn kanan tak leh gerak byk2.haih ape dah kiri kanan tgn tokleh nak gerak.

dah masuk wad, tgn yg dimasuk jarum tu disambung dgn botol air.ape dah susah aku nak bawak diri.tgn kiri sakit.tgn kanan bawak botol klo nk g toilet.merana betul.silap gerak tgn rse jarum tu mencucuk2 kt urat aku.

lepas operate, stil badan aku kne masuk air. antibiotik pon misi bagi melalui jarum yg ade kt tgn aku.satu pagi, ade misi yg kurang prihatin man cucuk je antibiotik.sakit yang amat.tuhan je tau aku nak meraung mase tu.aku ckp skt misi.die bleh kate ala sikit je tu.pergh.klo aku sakit sikit2 aku tak mengadu.ni klo aku mengadu mknanya aku mmg sakit. bengkak tgn aku jgn cakap lah. pagi tu aku mengadu dkt misi lain.then die cabut jarum tu.lega aku.aku igt dah tak payah pakai dah jarum tu. tapi misi tu kate kne pkai lg.sbb nk masuk antibiotik ikut jarum.nah.seksa.

aku ni dah la payah nak masuk jarum.reason nye kapilari darah aku kecik. pastu nak kne masuk yg lain pulak.mmg seksa. lepas dah kurang bgkak tgh hari tu doc dtg nak masuk jarum baru. die cari2 urat aku die masuk kan jarum.sampai separuh die kate 'sori2, saye termasuk kt urat awk yg bercabang.takut nanti tak sampai sehari trus bgkak'. what?selambe je tu.adeh.bedarah2 tgn aku bile die keluarkan balik jarum tu.bengkak!

die pon pening nak cari urat aku.pastu die kate nak cari doc len nak masuk jarum kt aku. petang, dtg la sorg lg doc cuba.bpeluh jugak die nk buat.haha.akhirnye bjaye.kali ni jarum tu dicucuk kat tgn selari dgn jari kelingking.same jugak sakitnye.hehe.

lagi satu seriknye aku sbb doc salu sgt amek darah aku.lebam2 tgn aku.main cucuk jek.tak kuar drh tukar cucuk tmpt lain. tak kne tmpt cucuk p cucuk tmpt len. fuh lebam2.smpai skang stil ade kesan lebam tu.sakit jugak lah.mmg sakit pon.hehe.tapi tu lah.bile dah masuk spital kirenye kite ni macam dah serah diri.ikut suke dorg lah nak buat cane pon.heh.

Monday, October 17, 2011

kisah lapan hari tujuh malam III

maaf sebab tertangguh lama.tak berapa nak sihat sangat hari tu.tangan rasa berdenyut.

oke mari sambung.

doc sahkan yang aku kena infection.terkena jangkitan kuman.dalam bengkak aku tu ade nanah.abscess.orang panggil bisul.tapi aku punye bisul ni die punye jangkitan dah hampir ke tulang.sebab tu kena operate.

macam mane semua ni boleh jadi?
aku pon sebenarnya tak pasti.cuma aku rasa sakit je pada mulanya.then sedar2 bengkak.tu yang g jume doc.

rupa-rupanya memang aku tercucuk sesuatu pada asalnya.aku yg tak perasan. mase aku nak keluar dari bilik bedah, doc kasitau aku yang aku sebenarnye tercucuk benda tajam yang datangnye dari ikan.aku syak kt bahagian sayap ikan tu.haha ape tah name nye.ala yg sayap ke kepak ke ape tak pasti.tapi mende tu lah.bile doc ckp macam tu baru aku teringat yang aku ade siang ikan tiga hari sebelum aku mula rasa sakit.aku ade tercucuk sayap ikan tu.tapi takde keluar darah ke ape.tercucuk sikit je.tak sakit tak berdarah pon.slame ni aku siang ikan jugak.penah tercucuk jugak.tapi kali ni tak sangka sampai jd macam tu.

tak sangka tercucuk macam tu bleh terkena jangkitan kuman.fuh berbulan-bulan aku tanggung sakit tu.tapi mungkin tuhan nak hapus dosa kecik aku yang banyak2 jugak kan.hehe

dan mayb jugak aku dah lame biarkan sakit tu, sebab tu die infect hampir ke tulang.cepat betul die meresap kan.tambah pulak aku kurang kena cahaya matahari.sebulan aku cuti sebulan aku duduk dalam rumah.aku cuma buat kje2 rumah sahaja.aku langsung tak jejak kaki keluar rumah.jd aku tak dpt cahaya matahari yang cukup.jd tisu2 dlm bdn aku tak aktif nak lawan kuman.maka mendapat la aku sakit tu.

so moralnya berhati-hati buat keje dan rajin2 la kne matahari.haha aku salu feeling 'ouch tak leh kne panas nanti hitam'.wek poyo.bukan ape, aku sebenarnya jadi malas nk keluar rumah sebab kne pakai lengkap.aku kan duk taman perumahan.kiri kanan ade org.so klo nak keluar rumah tu kne la elok2 kn.jadi, aku amek keputusan malas nak keluar.haha.sangat tak sihat oke.jangan amalkan macam aku ni.

oke cukup sini.tangan yang sakit tu berdenyut kuat.smlm tangan ni dihempap henfon adik aku.die terjatuhkan henfon kt ats tgn aku.fuh rasanya mmg padu.

nanti aku sambung lg pasal pengalaman kt dalam spital.harap korg tak boring.haha.

=)

Tuesday, October 11, 2011

kisah lapan hari tujuh malam II

aku check in wad hari ahad jam 2.15 petang. masuk 3rd class jek sebab aku tak bawak surat uum.klo bawak surat uum bleh la aku merasa wad 2nd class.tp aku rase aku lg suke 3rd class sbb ramai org sket.tak takut sgt nk tido mlm2.pastu mesti ade mcm2 gelagat org kite bleh tgk.hihi.

dah check in, maka merasa lah aku pakai baju kaler hijau. dapat katil tepi laluan org ramai. so bleh nmpk mcm2 org lalu lalang. 

oke aku skip dulu part pengalaman kat spital. aku terus dgn operate ape sume dulu k.

so, doc kate aku akn operate hari isnin keesokannye. jadi, aku kne puasa.once kite nk operate mmg kne puasa.takut ade mslh time operate. doc suruh aku mula puasa bermula jam empat pagi.

pagi isnin. ade sorg doc dtg pd aku.die kate aku akn di operate hari ni tapi tak diberi waktu yg tepat.die kate bile ade kekosongan baru panggil aku. maybe sbb kes aku ni kecik je kan so bleh delay la kot.

jadi aku terus-terus puasa.mak aku smpai spital dah tgh hari.nasib baik aku lom operate.bedebor dah die.hihi.tapi aku lg bdebor.

jam 2.15 petang. aku nmpk misi tolak stretcher bed tu.ala katil yg letak org nk masuk bilik bedah. tiba-tiba aku rase bdebar.aku agak turn aku sampai. fuh mmg betul.turn aku woi turn aku.

aku kne tukar baju bedah kaler putih yg sgt seksi tu.pakai topi biru yg mcm shower cap tu. peh mcm dlm tv ooo.

so sblm masuk bilik bedah, misi cek tekanan darah la suhu badan la.sbb klo tekanan darah tak stabil ke demam ke tokleh operate. alhamdulillah normal semuanya.

2.30 petang. jam betul2 dpn mata aku. aku masuk bilik bedah.mase tu mak aku masuk ikut same.dorg tanye sikit2 pasal aku.betul ke aku yg sign borg operate ape sume la.lepas dah puas hati, aku kne masuk bilik menunggu untuk tunggu signal dah bleh operate. mak aku dah kne keluar. mak aku senyum.die kate selawat banyak2.aku punye bdebar jangan cakap.mcm nk g berperang.

mak aku kate mase mak aku keluar pintu tu kol2.45 petang. time tu aku dah masuk bilik menunggu.tunggu signal nak masuk lab. tak lame lepas tu dorg tolak bed.so merasa la aku duk bawah lampu bersiap untuk di operate.

mcm2 doa aku baca. aku nmpk ade lima orang kat situ.masing2 ready dah. aku pejam mata.tp doc tu kate nuraina, bukak mate ye. lembut je. pastu tiba2 mata aku berat.kelap tiga kali aku terus tutup mata.
sedar2 aku dengar doc panggil aku tanye aku.nuraina, sakit tak tempat bedah tu.yg aku ingat aku tak jawab.tapi aku rase letih.mase tu bunyi la mcm2 mesin kat telinga aku.maybe mase tu nk stabil kan aku kot.bile dah settle, aku ditolak masuk wad.

mak aku tak perasan aku dah keluar.aku dah sampai kat katil aku tgk mak aku takde.tapi tak lame lps tu aku dgr suara mak aku.soalan first aku kat mak aku, kol brape umi? umi ckp kol5.10 long.

aku mcm lemah je.lemah sgt.tekak aku perit.aku kne puasa 6jam lagi sbb aku full bius.tokleh minum lg.sian aku kn.pastu aku rase tangan aku sakit sgt2.rase mcm darah mengalir memancut2 keluar.tu la yg aku rse. tapi alhamdulillah sumenye selamat.syukur.at least aku masih rasa bile aku sentuh jari aku.mknanya operation tu berjaya.

ni jari aku lepas operate.peh tekangkang kn.

nanti bersambung lg boleh?nk dengar lagi?nanti aku cite ape penyakit aku sebenar k.cite pglmn2 lain plak.banyak lg nk tulis ni.hehe.tp tu lah. lenguh jugak taip satu jari.sbb slama ni aku taip guna 10 jari.rase canggung plak guna satu je.

jumpe lagi.
^^

Monday, October 10, 2011

kisah lapan hari tujuh malam

ehem.oke dapat mood.
entri masih ditaip dengan satu jari menggunakan sebelah tangan.


alkisahnye bermula satu cerita. kisah macam mane aku boleh terlantar kat dalam wad selama lapan hari tujuh malam.

mula-mula aku rase sakit macam nak tumbuh jerawat kat celah antara jari telunjuk dan hantu. aku biarkan je la ingatkan biase je.pastu da seminggu dua-dua jari aku tu aku rase keras. dah mula rasa tak bleh nak genggam. 

dah jadi mcm tu aku g la klinik kesihatan. MA tu bagi aku antibiotik ngn tahan sakit. seminggu aku mkn tak baik-baik jugak. aku rase dah tak sedap hati. sebab aku tgk tangan aku makin teruk. bengkak die sampai siku wa cakap lu.heh

nampak perbezaan tangan kanan dan kiri aku? 

jadinya aku tak puas hati maka aku g klinik swasta. puas doktor tu tanya aku kenapa aku bleh jadi gitu. awak ade g camping ke.awak ade kne gigit binatang ke ape ke.aku kate takde.sume takde.sedo2 bengkak je doktor.hehe. 

doktor cek mmg takde kesan gigitan ke ape. tapi die punye sakit mmg padu.tangkap urat.mencengkam.denyut2 jangan kira.panas woi. kalo orang tua tengok org kate naik bisul tapi takde mata.ah sudah.misteri nye penyakit aku.

setelah diteliti cewah, doktor kasi aku ubat bunuh kuman, ubat tahan sakit ngn ubat sapu utk surut bengkak. dua minggu aku mkn ubat tu alhamdulillah bengkak sampai siku tu kurang.die surut cume yang tak surut jari2 sampai pergelangan tangan. 

selepas dua minggu makan ubat bunuh kuman

sakit yang amat. tangan memang tokleh nak luruskn ke bawah.klo aku turunkan tangan ke bawah komfem rase mcm renjatan elektrik.

bayangkan bape lame aku sakit macam tu. hampir sebulan. banyak keje aku tokleh nak buat. sebab tangan tok leh genggam.aku nk basuh pinggan banyak2 pon tak bleh.lipat baju jemur baju angkat yang berat2 sume aku tokleh. even nk pakai sluar beso suar kecik waima yg dalam2 pon xbleh. kne mak aku yg pakaikan. sedih woi.aku rase dah mcm mendaftar oku.ini serius.mmg sakit.sebulan aku hidup dalam keadaan yang tak brape kemas. ditambah pulak dengan mak ayah aku sibuk berulang alik umah nenek sbb kebetulan nenek aku sakit kuat mase tu. jadi aku sedikit terabai.tapi aku tak kesah sangat.selagi aku bleh tahan aku tahan.

dua minggu.dem.ubat habis tapi tangan tak baik jugak.jadi aku pegi jumpe doc tu balik.tanya macam mane.so bile die tgk tgn aku terus die kate g blk amek brg2 sbb die nk buat surat transfer kes ke hospital.uih jem aku mse tu.spital?teruk beno ke. die kate mmg truk.sbb takut melibatkan saraf2.so aku ikut nasihat doktor.

siap amek brg, g spital. jumpe specialist terus kne tahan wad.doc kate esok nye aku operate. telan air liur aku.

bersambung lah. lenguh taip satu jari. 
=)

Wednesday, October 5, 2011

wordless wednesday

teaser

ehem.
tulisan ni ditulis dengan satu jari menggunakan sebelah tangan.

pemilik ruangan ni bercuti terlalu lama kan. ada musibah melanda tapi cuba dikuatkan semangat.

ini mungkin tulisan perkenalan. orang putih panggil teaser.

tunggu next entry.akan disambungkan kisahnya.

Wednesday, September 7, 2011

love

do what makes you happy.

be with who make you smile.

laugh as much as you breathe.

love as long as you live.


i love you till my last breathe.

Monday, September 5, 2011

tiga puluh

bismillahirrahmanirrahim


mari kita mulakan dengan ucapan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin. selamat tinggal ramadhan semoga dipanjangkan usia agar dapat bertemu kembali dengannya. selamat datang syawal dan bulan-bulan seterusnya. walau ramadhan dah berlalu ibadat perlu sama. segala kebaikan perlu diteruskan.


raya kali ni meriah. bukan sebab ade makanan yang berlambak atau pon acara pesta. bukan bukan. semuanya sebab kemeriahan berkumpul adik beradik. walaupon masing-masing belum menambah ahli keluarga baru tapi kemeriahan tetap dirasa. seronok. skrang semua dah balik ke tempat masing-masing. diharapkan berjumpa lagi dengan jumlah yang sama atau bertambah.hehe


*******************************************


hari ni 5 september 2011. 5 september 1981 lebih kurang 30 tahun yang lalu ade seorang bayi lelaki dilahirkan. hehe bayi tu dah jadi buah hati aku sejak lima tahun dulu. 
*time kasih makcik sebab bagi anak makcik tunggu saye lama-lama.hihi*

tahniah untuk mak awak sebab berjaya didik awak sampai hari ni.

saye macam biase lah, memang tak kan ade hadiah special untuk awak. sebab hadiah tu saye dah bagi lame dulu kat awak. awak ingat lagi ke tak. mesti ingat kan. elele senyum sampai telinga lettew. cecece satgi muke telinga habis merah-merah. malu la konon eh. hihi.


selamat hari dilahirkan untuk awak yang ke-30 tahun. hehe 30 tu awak. takut tak tengok nombor 3 kat depan tu. awak rase awak muda lagi eh. tapi semuda-muda awak muda lagi saye. hihi sile terima hakikat ye. semoga awak panjang umur, dimurahkan lagi rezeki, dikurniakan nikmat-nikmat yang tak terhingga, diberikan kesihatan tubuh badan untuk terus beribadat kepadaNya dan paling penting selamat kumpul duit untuk kawen.haha.itu ucapan tambahan. bukan wajib tau. tapi kalau awak suke saye lagi suke. oke abaikan yang tu.terserlah kegatalan saye.mintak maaf.hihi


lagi sekali time kasih kepada mak awak sebab izinkan awak tunggu saye lame-lame. dan lagi skali saye nak cakap ni tak de hadiah untuk awak tau.sebab awak pon tak bagi saye hadiah tahun ni.kire sesi balas dendam.okbai. ^^

Wednesday, August 17, 2011

bizi kot

lame jugak tak update.hehe.bukan ape.bizi sangat.bizi mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.rutin aku penuh.ngalahkan orang keje pejabat. bangun sahur pastu tunggu subuh.tido kejap then bangun ngemas rumah.dah siap aku stat la tercongok depan tivi.dari rancangan masak la cerita lah sume aku layan.dah tengah hari aku tido lagi.bangun tido tolong umi masak sikit-sikit.petang layan tivi lagi.kol6 petang aku g umah nenek.mandikan nenek pulak.pastu balik bukak pose malam g terawih then layan tivi.haha.padat tak jadual aku.so ce cite bile mase aku nak update blog.fb pon aku tak layan sangat.bizi ni bizi.hehe


amboi macam senafas je introduction aku tu ye kan.ni baru rase nak update.tak bizi la kot.haha.


semalam aku try buat kek.hamboi kecoh plak ye tak. mestila aku kecoh sebab ini first time sepanjang hidup.haha.malu2.tapi takpe.yang pasti nye percubaan aku memang menjadi.aku pukul adunan kek tu pakai senduk nasi jek.tak pakai mixture2 tu.sbb rumah aku takde mende tu.ha tu jugak antara faktor kenape sblm ni aku tak buat kek ke biskut ke.ui naik lenguh jugak aku pukul adunan tu.aku rse kecik dan berotot dah lengan aku.haha.mmg jadi.sedap.adik aku la kate.cumanya.haa ni yang tak best ni.cuma nya rupa die macam tak lawa sangat.jd aku segan la nk uplod kt sini.hehe.dah rse mcm brownies secret receipe pon ade.hahaha.


tiba-tiba rasa macam nak buat kek tu untuk raya ni.aku nak blaja buat cookies plak. cik lya plis share resepi ye.haha.td dah nyembang ngn mak kite.die ajak kite buat projek biskut raye ni.harap menjadi la.


dah update.okbai. ^^

Monday, August 8, 2011

tua penyebab tak larat?

dah lapan hari kite puasa eh. haa cepat betul masa berlalu. tapi kali ni puasa kurang syok.sebab aku cepat lapar dan haus. tak tau kenapa tahun ni macam tak larat sangat. sedih pulak rase nye. tak tau ape kena ngan aku. overload ke ape tak tau la.tapi yang pasti aku makan nasi tak banyak.mungkin tu penyebab aku jd tak larat.sbb bile aku makan nasi sikit aku tak makan mende lain jugak.


ke sebab aku stress. ade workload jugak. tapi berkaitan ke tu semua ngan ketidaklaratan aku ni.haih.lepas tu aku jugak rase aku dah kurang daya untuk angkat benda berat-berat.klo dulu angkat meja angkat kerusi angkat almari aku buat sorg je.haih kali ni aku dah rase lain macam.tak daya sangat. tension pon ade jugak.ye lah.kadang-kadang kite buat keje sorang-sorang tapi skali nak angkat barang tak terangkat pulak.hai mano nak cari orang tolong angkek borek-borek tu.hehe. terpaksa la seret-seret jek.ish tak macho langsung.hehe


jangan kate penambahan usia menjadi faktor aku makin tak larat.ade effect ke.tak kan.hehe.lom kawen ni.haha.lagi takde kaitan.tapi yang pasti memang aku kurang daya nak angkat benda berat.


haa lagi satu.aku rase umi aku tu tak perasan lagi aku ni dah beso panjang kan.eh aku tak panjang sangat.pendek jek.hehe.die tak rase aku ni dah dewasa kot.sebab aku tengok dari cara umi aku tu macam tak sanggup nak lepaskan aku hidup dalam dunia yang baru.macam nak suruh duduk dalam dunia kecil aku jek.aku doakan umi aku tu terbukak la pintu hati die.hehe.


uih dah la.melalut dah.nak tido plak.adik-adik aku nak skolah besok.so aku pon same la kene tido jugak.haa kan aku da kate.umi aku still anggap aku macam anak kecik.hehe.ye la.kang aku tak tido dorang sume pakat tanak tido plak.online la tengok movie la tengok tivi lah.ish macam-macam.eh eh dah.panjang lagi aku bebel kang.babai.


^^

Saturday, August 6, 2011

26 tahun sudah

6 ramadhan 1432 hijriah bersamaan 6 ogos 2011 aku genap 26 tahun. haha tua pulak aku rasa. menurut umi aku lahir pada 6 ramadhan jam 11.32 pagi hari khamis. kalau ikut masihi pada 15 mei aritu aku masih lagi 25 tahun la kan. muda sikit. ^^


tapi tak kisah la 25 tahun ke 26 tahun ke yang penting penuhkan ilmu didada. bersiap sedia kumpul amalan kebajikan sebagai persediaan ke akhirat sana ye tak.


aku paling berterima kasih pada umi sebab lahirkan aku. umi jaga aku sampai dah beso-beso macam ni. makan pakai cukup. pelajaran cukup. kire sume cukup lah. nanti aku dah ade anak nanti insyaallah aku pulak buat macam tu ye dak.


sesungguhnya terbalas aku dengan jasa yang ditaburkan oleh umi ngn abi. hanya doa yang mampu dipanjatkan untuk mereka.


selamat ulangtahun ke-26 aina!



Friday, August 5, 2011

jangan lupa namaku

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku


Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku men’cintaimu


Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur


Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati


Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan


Kerana aku
Sentiasa mengingatimu


Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati


Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati


Kerana
Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu


****************************************************
layan dengan lirik ni. ost drama ramadhan terakhir.

mula tengok dari episod satu lagi. sampai episod sekarang nampak macam menarik. harap-harap memang menarik sampai ending. ^^


tak sabar nak tengok ending nye. haih. ni la kalau duduk rumah. tengok tivi je la keje nye. tapi setakat ni, cerita ni je la yang dilayan pon.yang lain belom lagi. em korang tengok tak?hehe.


aku suke lagu die.tapi aku cari takde lagi full version untuk lagu tu.kire macam ade orang tolong edit-edit sambung-sambung time lagu tu main kat tv. jadi aku cari kat youtube pon memang takde lagi. lagu die sedap.


tengok dekat tv penyanyi nye pompa bensin. tapi macam pelik je. suara macam isma yusof, aqasha ngan nadia aqilah. tapi tak sure lah. em tunggu je lah full version lagu ni. \m/




sebenarnya memang cerita tu ade dalam realiti kan. kadang-kadang kite tak nampak atau buat-buat tak nampak. harap dijauhkan dari berlaku pada kita-kita semua. kalau pada yang dah jadi tu mari la kite same-same mintak doa biar dibukakan pintu hidayah untuk dorang semua.


^^

demam la pulak

baru ingat nak aktif tulis kat sini tiap-tiap hari.tapi tak jadi pulak. tiga hari demam. memang mencabar betul puasa kali ni. hari pertama puasa dah rasa macam puasa dua tiga minggu dah. nak kata tak niat rasanya dah niat macam biasa. panas terik. rasa haus. rasa lapar sangat. kelakar pulak rasanya.macam budak kecik baru nak belaja puasa.



tahun ni sebulan puasa kat rumah. jimat duit. dah lama tak rasa macam ni. seronok. hari ni dah masuk lima hari puasa. alhamdulillah terkawal semuanya. makan pon sikit jek. hihi boleh la kurangkan tiga empat kilo kali ni. ^^



k lah nak pegi siapkan meja untuk bebuka. walaupon tak ramai kat rumah ni, kene jugak wat persediaan.



selamat berbuka. ^^

Tuesday, August 2, 2011

yang baru

mari mulakan dengan yang baru. yang lama semua sudah dibuang. walaupun belum tahun baru tapi perlukan perubahan yang baru. tak bermakna nak masuk tahun baru, baru boleh buat perubahan. perubahan diperlukan setiap saat, minit, jam, hari mahupun minggu dan bulan. ini untuk menjadikan manusia menjalani kehidupan yang lebih baik.


teringat waktu bekerja satu ketika dulu. bekerja dengan company yang mengamalkan prinsip 1% improvement everyday. memang betul-betul kena tingkatkan usaha untuk capai polisi tersebut. macam nak terkangkang jugak lah. bayangkan setiap hari gerak geri kita di evaluate.mesti setiap hari tunjukkan 1% peningkatan. kalau tak meningkat jugak, nah akan dipanggil mengadap.


tapi kadangkala ada bagus nya macam tu. baru la kita kuat usaha. ini tidak. kalau tak dipantau memang jawabnya sampai ke sudah kita di takuk lama. gaya kerja tetap yang sama. rutin kerja memang akan sama setiap hari. bayangkan kalau yang dah bekerja lebih setahun.di ulang rutin yang sama memang muak. tapi bila dah di evaluate sedemikian rupa, kita mula berusaha untuk jadi sekreatif yang boleh.


bila dah berenti kerja, sambung belajar dah mula lupa amalan 1% peningkatan setiap hari. nah, malas semakin menjadi-jadi. maklum lah pergi kelas balik kelas. buat assignment last minit. itu biasa. sudah kurang kreatif nya. buat kerja ala kadar. tapi bila sampai satu masa, rasa macam bodoh pulak sebab perkara yang remeh tapi dibesar-besarkan. kalau rajin lebih sikit pasti cepat habis.


bila dah tersedar, harapnya polisi tersebut diteruskan. itu untuk diri sendiri. nak berjaya mesti kena ada matlamat. jadi peningkatan 1% setiap hari sudah mula diamalkan kembali. harapnya segala matlamat akan tercapai mengikut perancangan. hampir nampak hasilnya. 


semoga setiapnya diberikan kekuatan.
^^