Yang Membaca

Wednesday, August 17, 2011

bizi kot

lame jugak tak update.hehe.bukan ape.bizi sangat.bizi mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.rutin aku penuh.ngalahkan orang keje pejabat. bangun sahur pastu tunggu subuh.tido kejap then bangun ngemas rumah.dah siap aku stat la tercongok depan tivi.dari rancangan masak la cerita lah sume aku layan.dah tengah hari aku tido lagi.bangun tido tolong umi masak sikit-sikit.petang layan tivi lagi.kol6 petang aku g umah nenek.mandikan nenek pulak.pastu balik bukak pose malam g terawih then layan tivi.haha.padat tak jadual aku.so ce cite bile mase aku nak update blog.fb pon aku tak layan sangat.bizi ni bizi.hehe


amboi macam senafas je introduction aku tu ye kan.ni baru rase nak update.tak bizi la kot.haha.


semalam aku try buat kek.hamboi kecoh plak ye tak. mestila aku kecoh sebab ini first time sepanjang hidup.haha.malu2.tapi takpe.yang pasti nye percubaan aku memang menjadi.aku pukul adunan kek tu pakai senduk nasi jek.tak pakai mixture2 tu.sbb rumah aku takde mende tu.ha tu jugak antara faktor kenape sblm ni aku tak buat kek ke biskut ke.ui naik lenguh jugak aku pukul adunan tu.aku rse kecik dan berotot dah lengan aku.haha.mmg jadi.sedap.adik aku la kate.cumanya.haa ni yang tak best ni.cuma nya rupa die macam tak lawa sangat.jd aku segan la nk uplod kt sini.hehe.dah rse mcm brownies secret receipe pon ade.hahaha.


tiba-tiba rasa macam nak buat kek tu untuk raya ni.aku nak blaja buat cookies plak. cik lya plis share resepi ye.haha.td dah nyembang ngn mak kite.die ajak kite buat projek biskut raye ni.harap menjadi la.


dah update.okbai. ^^

Monday, August 8, 2011

tua penyebab tak larat?

dah lapan hari kite puasa eh. haa cepat betul masa berlalu. tapi kali ni puasa kurang syok.sebab aku cepat lapar dan haus. tak tau kenapa tahun ni macam tak larat sangat. sedih pulak rase nye. tak tau ape kena ngan aku. overload ke ape tak tau la.tapi yang pasti aku makan nasi tak banyak.mungkin tu penyebab aku jd tak larat.sbb bile aku makan nasi sikit aku tak makan mende lain jugak.


ke sebab aku stress. ade workload jugak. tapi berkaitan ke tu semua ngan ketidaklaratan aku ni.haih.lepas tu aku jugak rase aku dah kurang daya untuk angkat benda berat-berat.klo dulu angkat meja angkat kerusi angkat almari aku buat sorg je.haih kali ni aku dah rase lain macam.tak daya sangat. tension pon ade jugak.ye lah.kadang-kadang kite buat keje sorang-sorang tapi skali nak angkat barang tak terangkat pulak.hai mano nak cari orang tolong angkek borek-borek tu.hehe. terpaksa la seret-seret jek.ish tak macho langsung.hehe


jangan kate penambahan usia menjadi faktor aku makin tak larat.ade effect ke.tak kan.hehe.lom kawen ni.haha.lagi takde kaitan.tapi yang pasti memang aku kurang daya nak angkat benda berat.


haa lagi satu.aku rase umi aku tu tak perasan lagi aku ni dah beso panjang kan.eh aku tak panjang sangat.pendek jek.hehe.die tak rase aku ni dah dewasa kot.sebab aku tengok dari cara umi aku tu macam tak sanggup nak lepaskan aku hidup dalam dunia yang baru.macam nak suruh duduk dalam dunia kecil aku jek.aku doakan umi aku tu terbukak la pintu hati die.hehe.


uih dah la.melalut dah.nak tido plak.adik-adik aku nak skolah besok.so aku pon same la kene tido jugak.haa kan aku da kate.umi aku still anggap aku macam anak kecik.hehe.ye la.kang aku tak tido dorang sume pakat tanak tido plak.online la tengok movie la tengok tivi lah.ish macam-macam.eh eh dah.panjang lagi aku bebel kang.babai.


^^

Saturday, August 6, 2011

26 tahun sudah

6 ramadhan 1432 hijriah bersamaan 6 ogos 2011 aku genap 26 tahun. haha tua pulak aku rasa. menurut umi aku lahir pada 6 ramadhan jam 11.32 pagi hari khamis. kalau ikut masihi pada 15 mei aritu aku masih lagi 25 tahun la kan. muda sikit. ^^


tapi tak kisah la 25 tahun ke 26 tahun ke yang penting penuhkan ilmu didada. bersiap sedia kumpul amalan kebajikan sebagai persediaan ke akhirat sana ye tak.


aku paling berterima kasih pada umi sebab lahirkan aku. umi jaga aku sampai dah beso-beso macam ni. makan pakai cukup. pelajaran cukup. kire sume cukup lah. nanti aku dah ade anak nanti insyaallah aku pulak buat macam tu ye dak.


sesungguhnya terbalas aku dengan jasa yang ditaburkan oleh umi ngn abi. hanya doa yang mampu dipanjatkan untuk mereka.


selamat ulangtahun ke-26 aina!



Friday, August 5, 2011

jangan lupa namaku

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku


Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku men’cintaimu


Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur


Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati


Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan


Kerana aku
Sentiasa mengingatimu


Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati


Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati


Kerana
Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu


****************************************************
layan dengan lirik ni. ost drama ramadhan terakhir.

mula tengok dari episod satu lagi. sampai episod sekarang nampak macam menarik. harap-harap memang menarik sampai ending. ^^


tak sabar nak tengok ending nye. haih. ni la kalau duduk rumah. tengok tivi je la keje nye. tapi setakat ni, cerita ni je la yang dilayan pon.yang lain belom lagi. em korang tengok tak?hehe.


aku suke lagu die.tapi aku cari takde lagi full version untuk lagu tu.kire macam ade orang tolong edit-edit sambung-sambung time lagu tu main kat tv. jadi aku cari kat youtube pon memang takde lagi. lagu die sedap.


tengok dekat tv penyanyi nye pompa bensin. tapi macam pelik je. suara macam isma yusof, aqasha ngan nadia aqilah. tapi tak sure lah. em tunggu je lah full version lagu ni. \m/




sebenarnya memang cerita tu ade dalam realiti kan. kadang-kadang kite tak nampak atau buat-buat tak nampak. harap dijauhkan dari berlaku pada kita-kita semua. kalau pada yang dah jadi tu mari la kite same-same mintak doa biar dibukakan pintu hidayah untuk dorang semua.


^^

demam la pulak

baru ingat nak aktif tulis kat sini tiap-tiap hari.tapi tak jadi pulak. tiga hari demam. memang mencabar betul puasa kali ni. hari pertama puasa dah rasa macam puasa dua tiga minggu dah. nak kata tak niat rasanya dah niat macam biasa. panas terik. rasa haus. rasa lapar sangat. kelakar pulak rasanya.macam budak kecik baru nak belaja puasa.



tahun ni sebulan puasa kat rumah. jimat duit. dah lama tak rasa macam ni. seronok. hari ni dah masuk lima hari puasa. alhamdulillah terkawal semuanya. makan pon sikit jek. hihi boleh la kurangkan tiga empat kilo kali ni. ^^



k lah nak pegi siapkan meja untuk bebuka. walaupon tak ramai kat rumah ni, kene jugak wat persediaan.



selamat berbuka. ^^

Tuesday, August 2, 2011

yang baru

mari mulakan dengan yang baru. yang lama semua sudah dibuang. walaupun belum tahun baru tapi perlukan perubahan yang baru. tak bermakna nak masuk tahun baru, baru boleh buat perubahan. perubahan diperlukan setiap saat, minit, jam, hari mahupun minggu dan bulan. ini untuk menjadikan manusia menjalani kehidupan yang lebih baik.


teringat waktu bekerja satu ketika dulu. bekerja dengan company yang mengamalkan prinsip 1% improvement everyday. memang betul-betul kena tingkatkan usaha untuk capai polisi tersebut. macam nak terkangkang jugak lah. bayangkan setiap hari gerak geri kita di evaluate.mesti setiap hari tunjukkan 1% peningkatan. kalau tak meningkat jugak, nah akan dipanggil mengadap.


tapi kadangkala ada bagus nya macam tu. baru la kita kuat usaha. ini tidak. kalau tak dipantau memang jawabnya sampai ke sudah kita di takuk lama. gaya kerja tetap yang sama. rutin kerja memang akan sama setiap hari. bayangkan kalau yang dah bekerja lebih setahun.di ulang rutin yang sama memang muak. tapi bila dah di evaluate sedemikian rupa, kita mula berusaha untuk jadi sekreatif yang boleh.


bila dah berenti kerja, sambung belajar dah mula lupa amalan 1% peningkatan setiap hari. nah, malas semakin menjadi-jadi. maklum lah pergi kelas balik kelas. buat assignment last minit. itu biasa. sudah kurang kreatif nya. buat kerja ala kadar. tapi bila sampai satu masa, rasa macam bodoh pulak sebab perkara yang remeh tapi dibesar-besarkan. kalau rajin lebih sikit pasti cepat habis.


bila dah tersedar, harapnya polisi tersebut diteruskan. itu untuk diri sendiri. nak berjaya mesti kena ada matlamat. jadi peningkatan 1% setiap hari sudah mula diamalkan kembali. harapnya segala matlamat akan tercapai mengikut perancangan. hampir nampak hasilnya. 


semoga setiapnya diberikan kekuatan.
^^